Rabu, 25 Maret 2015

Muhasabah

Di sini Allah AJARKAN,
tentang MASA..
tentang SABAR,
Dia juga ajarkan bahawa tiada yang
mustahil dengan izinNya..
jika Dia hadiahkan BEBAN dan
TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU,
itu kerana Dia CINTA dan itu kerana
mungkin kita sudah lupa..
jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat
pada Dia dan jika Allah tahu kita
mampu,
siapa kita untuk MENIDAKKAN
kebijaksanaanNya?
Dan di saat itu..
"CUBA KAMU LIHAT LANGIT"
..subhanAllah, cantiknya langit, biru
sebirunya..
."Ya Rabbussamawati wal ardh,
LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit
biru",
manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..
Lihat luar jendela,
cantikkan LANGIT Allah?
Sedang langitNya begitu indah,
tentu Allah lebih TERSANGAT CANTIK..
jika kamu INGIN lihat Allah,
kena RAJIN, rajin MENGHAYATI ILMU
Dia..
menerusi ilmu itu kita dapat kenali Dia,
kerana ada yang kata..
tidak kenal maka tidak cinta..
maka jika tidak cinta,
mungkinkah LAYAK diri ini bertemu
denganNya? — bersyukur .

Tidak ada komentar:

Posting Komentar